Posts

Showing posts from March, 2017

PETA BINGKAI NUMERASI

Image
Buat julung kalinya, i-PKsG2 menghasilkan peta bingkai Numerasi bagi rumah ribu. Ini bagi memudahkan rangsangan buat murid pemulihan mengecam rumah ribu, ratus, puluh dan sa. Banyak menggunakan psikomotor , pengecaman, pengamatan dan warna.

PETA BINGKAI TERKINI.....

Image
PETA BINGKAI GABUNG BULATAN PETA BINGKAI GABUNG POKOK

PDPC i-PKsG2 DI SK TOK BEDUR

Image
Telah dilaksanakan secara terus dari sekolah tersebut. Semua murid tidak menguasai K1 dan K2. Terima kasih kepada pihak PPD Seberang Perai Utara dan Guru Besar serta guru pemulihan SK Tok Bedur kerana mengizinkan saya buat pdpc di sekolah tersebut. InshaAllah setelah video pdpc ini siap, saya akan muat naik di sini.

i-PKsG2 di PPD Seberang Perai Utara

Image
Telah dilaksanakan pada 14-15 Mac 2017 di SK Seri Bernam. Dirasmikan oleh ADUN Pinang Tunggal.Seramai 77 orang guru pemulihan PPD Seberang Perai Utara hadir. Bengkel ini dilaksanakan hasil usahasama PPD Seberang Perai Utara dan Pusat Khidmat Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang. Guru-guru juga diberikan pendedahan teknik, kaedah dan bahan peta minda i-PKsG2 bersama-sama murid sebenar yang tidak menguasai K1 dan K2. Bengkel selama 2 hari ini berjalan lancar dan semua pihak dilibatkan dalam bengkel ini. Selepas berakhir bengkel ini, saya buat pdpc i-PKsG2 keesokan harinya di SK Tok Bedur.

BENGKEL IBU BAPA DAN MURID DI SK SERI KOTA PUTERI, PASIR GUDANG

Image
Bengkel i-PKsG2 ini telah diperluaskan kepada ibu bapa murid LINUS di SK Seri Kota Puteri Pasir Gudang Johor pada 12 Mac 2017. Pada bengkel ini ibu bapa diberikan teknik dan kaedah mendidik murid ini di rumah menggunakan inovasi ini. Malah ibu bapa juga diberikan pendedahan secara terus bersama-sama anak-anak mereka.

KOLABORATIF BERSAMA-SAMA PENSYARAH DAN GURU PELATIH IPG RAJA MELEWAR

Image
Kehadiran 7 pensyarah dan 34 guru pelatih IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan merupakan satu pengiktirafan dan kunjungan yang amat besar ertinya kepada murid pemulihan SK Nitar 1 pada 5 Mac 2017. Sambutan yang diberikan juga melibatkan murid pemulihan dan bekas murid pemulihan yang bersama-sama berganding bahu memberikan yang terbaik kepada semua. Banyak perkongsian ilmu berlaku di sini dan sekali lagi inovasi i-PKsG2 dipersembahkan kepada tetamu dan semua keistimewaan inovasi ini telah didedahkan. Penglibatan PIBG juga merancakkan lagi suasana. Terima kasih kepada semua.

i-PKsG2 di PPD LARUT MATANG SELAMA (LMS)

Image
Inovasi i-PKsG2 bertapak buat kali kedua di PPD LMS setelah kali pertama bertapak pada tahun 2015. Kali ini sasaran mereka ialah guru Linus Tahun 2. Bengkel ini telah diadakan pada 22 hingga 23 Februari 2017. Bengkel ini melibatkan guru Linus Tahun 2 dan murid Linus K1-K2 Tahun 2 bagi Literasi dan Numerasi. Pendedahan tentang keistimewaan peta bingkai telah diberikan sepenuhnya. Terima kasih kepada pihak PPD LMS.

BENGKEL I-PKsG2 DI PPD HILIR PERAK

Image
Bengkel i-PKsG2 telah dilaksanakan di PPD Hilir Perak / Bagan Datuk kepada guru-guru pemulihan pada 20 hingga 21 Februari 2017. Guru-guru dan Fasilinus diberikan pendedahan bagaimana melalui kaedah, teknik dan peta pemikiran daripada inovasi ini dapat menjana pemikiran murid pemulihan ke arah yang lebih positif dan berdaya saing. Terima kasih kepada semua.

i-PKsG2 Peta Bingkai

Image
Penggunaan peta bingkai gergasi di luar Sina Bistro SK Nitar 1. Murid-murid amat berkeyakinan dalam pembelajaran mrk. Mereka mencari huruf bagi membentuk perkataan. Seorang rakan pula melukis dan mewarna berdasarkan perkataan yang telah dipilih. Selepas itu mereka melekatkan gambar dan ejaan bola pada petak peta bingkai

PROGRAM IBU BAPA MENGAJAR DI RCS1 SK NITAR 1

Image
Ibu bapa datang mengajar di makmal pemulihan SK Nitar 1 bagi merealisasikan melahirkan masyarakat bebas buta huruf. Keprihatinan kaum ibu hadir dalam program ini telah banyak membantu pihak sekolah dalam melahirkan pelajar yang celik huruf. Program bersama-sama PIBG ini mampu menjana kemenjadian murid dalam pendidikan.
Image
PROGRAM KOLABORATIF IPG RAJA MELEWAR DAN SINA BISTRO SK NITAR 1 DI RCS1 SK NITAR 1 Seramai 34 orang guru pelatih dan 7 orang pensyarah IPG Kampus Raja Melewar telah melakukan lawatan bagi program kolaboratif di makmal pemulihan khas (RCS1) SK Nitar 1 pada 5 Mac 2017. Kehadiran mereka merupakan satu pengiktirafan kepada inovasi i-PKsG2.