Posts

Showing posts from 2017

CD VIDEO PDPC i-PKsG2 KELUARAN PPD SEBERANG PERAI UTARA

Image
Cd bengkel inovasi sy yg mengandungi pdpc pemulihan dan bengkel i-PKsG2 telah dilancarkan oleh pihak PPD Utara, Pulau Pinang dgn kerjasama YB Dato Seri Rizal Merican,  Timb.  Menteri Luar Malaysia Terima kasih jg dan amat terharu dgn usaha drp pihak PPD Utara yg siap buat cd utk edaran. Ini satu penghargaan dan kekuatan utk sy terus berkarya... Demi pemulihan. 💪💪💪💪

LAWATAN PERKONGSIAN ILMU GURU PEMULIHAN KOTA TINGGI KE RCS1 SK NITAR 1

Image
Pada tanggal 30 April 2017, satu lagi lawatan telah hadir ke Remedial Centre for SpecialONE  SK Nitar 1. Kali ini terdiri daripada 36 orang guru pemulihan atau ahli M3P Kota Tinggi.  Kehadiran mereka merupakan satu rahmat dan sokongan kepada kewujudan dan fungsi RCS1 tersebut. Dimulakan dengan persembahan silat oleh murid-murid pemulihan dan bekas murid pemulihan.  Selepas itu tetamu dihiburkan dengan kebolehan murid pemulihan dalam persembahan sketsa dan lagu. Pendedahan mengenai peta bingkai juga merupakan antara perkongsian ilmu yang dapat dibuat dalam program ini.  Pdpc juga dapat diterjemahkan untuk perkongsian semua.  Terima kasih M3P Kota Tinggi....

MURID PEMULIHAN JUGA HENDAK MENIKMATI PEMBELAJARAN ABAD 21

Dalam dunia pendidikan,  apabila disebut pembelajaran abad 21 semua pemikiran dan imaginasi terarah kepada murid arus perdana.  Pelbagai aktiviti abad 21 menjurus kepada murid arus perdana hingga ada banyak aktiviti dikatakan tidak sesuai untuk murid pemulihan.  Contoh yang saya nak kongsikan ialah 1 stay 3 stray.  Bagi kelas pemulihan yang muridnya sedikit maka dikatakan tidak dapat dilaksanakan oleh murid pemulihan.  Demi kelangsungan hak untuk mereka juga berkemampuan dalam pembelajaran abad 21, maka saya gunakan kebijaksanaan sebagai guru pemulihan khas mengubah 1 stay 3 stray kepada 1 stay 2 stray.  Namun,  masih ada warga pendidikan juga yang tidak dapat menerima hakikat perubahan secara bijaksana itu.  Katanya lari daripada konsep.  Kalau nak terikat dengan konsep,  apakah murid pemulihan akan terus terpinggir?  Saksikan video kehebatan murid pemulihan saya dalam aktiviti 1 stay 2 stray.

Kenyataan Video Mengenai i-PKsG2 oleh Pegawai Khas Timbalan Menteri Luar Malaysia

Benkel pdpc I-PKsG2 di SK Parit Markom, Pontian, Johor

Image
Seramai 40 murid pemulihan Zon Benut telah dikumpulkan di SK Parit Markom.  Mereka terdiri daripada murid yang tidak menguasai Konstruk 1 dan Konstruk 2. Guru-guru mereka juga hadir sama.

Bengkel Murid Linus di SK Peserai, Batu Pahat, Johor

Image
Pada 18 April 2017, seramai 115 murid Linus sekolah tersebut dilaksanakan teknik dan kaedah pdpc inovasi i-PKsG2. Guru-guru juga diberikan taklimat i-PKsG2 ini.

Bengkel i-PKsG2 di Kuantan

Image
Pada 6 April 2017, guru-guru pemulihan PPD Kuantan telah didedahkan tentang penggunaan bbm, teknik dan kaedah dalam pdpc i-PKsG2. Terima kasih kepada PPD Kuantan.

i-PKsG2 dilaksanakan di SK Tanjung Aru, Labuan pada 31 Mac 2017

Image

PETA BINGKAI NUMERASI

Image
Buat julung kalinya, i-PKsG2 menghasilkan peta bingkai Numerasi bagi rumah ribu. Ini bagi memudahkan rangsangan buat murid pemulihan mengecam rumah ribu, ratus, puluh dan sa. Banyak menggunakan psikomotor , pengecaman, pengamatan dan warna.

PETA BINGKAI TERKINI.....

Image
PETA BINGKAI GABUNG BULATAN PETA BINGKAI GABUNG POKOK

PDPC i-PKsG2 DI SK TOK BEDUR

Image
Telah dilaksanakan secara terus dari sekolah tersebut. Semua murid tidak menguasai K1 dan K2. Terima kasih kepada pihak PPD Seberang Perai Utara dan Guru Besar serta guru pemulihan SK Tok Bedur kerana mengizinkan saya buat pdpc di sekolah tersebut. InshaAllah setelah video pdpc ini siap, saya akan muat naik di sini.

i-PKsG2 di PPD Seberang Perai Utara

Image
Telah dilaksanakan pada 14-15 Mac 2017 di SK Seri Bernam. Dirasmikan oleh ADUN Pinang Tunggal.Seramai 77 orang guru pemulihan PPD Seberang Perai Utara hadir. Bengkel ini dilaksanakan hasil usahasama PPD Seberang Perai Utara dan Pusat Khidmat Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang. Guru-guru juga diberikan pendedahan teknik, kaedah dan bahan peta minda i-PKsG2 bersama-sama murid sebenar yang tidak menguasai K1 dan K2. Bengkel selama 2 hari ini berjalan lancar dan semua pihak dilibatkan dalam bengkel ini. Selepas berakhir bengkel ini, saya buat pdpc i-PKsG2 keesokan harinya di SK Tok Bedur.

BENGKEL IBU BAPA DAN MURID DI SK SERI KOTA PUTERI, PASIR GUDANG

Image
Bengkel i-PKsG2 ini telah diperluaskan kepada ibu bapa murid LINUS di SK Seri Kota Puteri Pasir Gudang Johor pada 12 Mac 2017. Pada bengkel ini ibu bapa diberikan teknik dan kaedah mendidik murid ini di rumah menggunakan inovasi ini. Malah ibu bapa juga diberikan pendedahan secara terus bersama-sama anak-anak mereka.

KOLABORATIF BERSAMA-SAMA PENSYARAH DAN GURU PELATIH IPG RAJA MELEWAR

Image
Kehadiran 7 pensyarah dan 34 guru pelatih IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan merupakan satu pengiktirafan dan kunjungan yang amat besar ertinya kepada murid pemulihan SK Nitar 1 pada 5 Mac 2017. Sambutan yang diberikan juga melibatkan murid pemulihan dan bekas murid pemulihan yang bersama-sama berganding bahu memberikan yang terbaik kepada semua. Banyak perkongsian ilmu berlaku di sini dan sekali lagi inovasi i-PKsG2 dipersembahkan kepada tetamu dan semua keistimewaan inovasi ini telah didedahkan. Penglibatan PIBG juga merancakkan lagi suasana. Terima kasih kepada semua.