Pada 6 April 2017, guru-guru pemulihan PPD Kuantan telah didedahkan tentang penggunaan bbm, teknik dan kaedah dalam pdpc i-PKsG2.
Terima kasih kepada PPD Kuantan.
Telah dilaksanakan pada 14-15 Mac 2017 di SK Seri Bernam. Dirasmikan oleh ADUN Pinang Tunggal.Seramai 77 orang guru pemulihan PPD Seberang Perai Utara hadir. Bengkel ini dilaksanakan hasil usahasama PPD Seberang Perai Utara dan Pusat Khidmat Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang. Guru-guru juga diberikan pendedahan teknik, kaedah dan bahan peta minda i-PKsG2 bersama-sama murid sebenar yang tidak menguasai K1 dan K2. Bengkel selama 2 hari ini berjalan lancar dan semua pihak dilibatkan dalam bengkel ini. Selepas berakhir bengkel ini, saya buat pdpc i-PKsG2 keesokan harinya di SK Tok Bedur.
Inovasi i-PKsG2 bertapak buat kali kedua di PPD LMS setelah kali pertama bertapak pada tahun 2015. Kali ini sasaran mereka ialah guru Linus Tahun 2. Bengkel ini telah diadakan pada 22 hingga 23 Februari 2017. Bengkel ini melibatkan guru Linus Tahun 2 dan murid Linus K1-K2 Tahun 2 bagi Literasi dan Numerasi. Pendedahan tentang keistimewaan peta bingkai telah diberikan sepenuhnya. Terima kasih kepada pihak PPD LMS.
Comments
Post a Comment