i-PKsG2 di PPD Seberang Perai Utara
Telah dilaksanakan pada 14-15 Mac 2017 di SK Seri Bernam. Dirasmikan oleh ADUN Pinang Tunggal.Seramai 77 orang guru pemulihan PPD Seberang Perai Utara hadir. Bengkel ini dilaksanakan hasil usahasama PPD Seberang Perai Utara dan Pusat Khidmat Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang. Guru-guru juga diberikan pendedahan teknik, kaedah dan bahan peta minda i-PKsG2 bersama-sama murid sebenar yang tidak menguasai K1 dan K2. Bengkel selama 2 hari ini berjalan lancar dan semua pihak dilibatkan dalam bengkel ini. Selepas berakhir bengkel ini, saya buat pdpc i-PKsG2 keesokan harinya di SK Tok Bedur.
Comments
Post a Comment