MURID PEMULIHAN JUGA HENDAK MENIKMATI PEMBELAJARAN ABAD 21
Dalam dunia pendidikan, apabila disebut pembelajaran abad 21 semua pemikiran dan imaginasi terarah kepada murid arus perdana. Pelbagai aktiviti abad 21 menjurus kepada murid arus perdana hingga ada banyak aktiviti dikatakan tidak sesuai untuk murid pemulihan. Contoh yang saya nak kongsikan ialah 1 stay 3 stray. Bagi kelas pemulihan yang muridnya sedikit maka dikatakan tidak dapat dilaksanakan oleh murid pemulihan. Demi kelangsungan hak untuk mereka juga berkemampuan dalam pembelajaran abad 21, maka saya gunakan kebijaksanaan sebagai guru pemulihan khas mengubah 1 stay 3 stray kepada 1 stay 2 stray. Namun, masih ada warga pendidikan juga yang tidak dapat menerima hakikat perubahan secara bijaksana itu. Katanya lari daripada konsep. Kalau nak terikat dengan konsep, apakah murid pemulihan akan terus terpinggir? Saksikan video kehebatan murid pemulihan saya dalam aktiviti 1 stay 2 stray.